Friday, 16 March 2012

Apakah kebaikannya bila sesuatu yang lama dijadikan baru ?

Ramai orang akan lebih menyukai lagu itu kerana lagu moden sudah berubah akibat abad ke-21 .Pada pendapat saya ,saya juga lebih menyukai lagu Cenderawasih daripada 2D .

Apakah mesej atau cerita yang hendak disampaikan dalam kedua-dua buah lagu ?

Mesej yang hendak disampaikan adalah persamaan antara gagak hutan ,Cenderawasih dan seorang wanita yang muda dan jelita .Berapa menakjubkan burung tersebut hingga mereka boleh membuat lagu untuknya .Burung Cenderawasih telah dikatakan untuk berasal daripada kayangan .Ia juga dikenalkan untuk sebuah penjaga permata yang tinggi nilainya .



Berikan latar belakang penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu tersebut ?

~KRIS~
Kumpulan tersebut terdiri daripada 4 ahli kumpulan :
  1. (Halim) Abdul Halim bin Bukhari
  2. (Boy) Pemain gitar. Mukhlis
  3. (Lomaq) Pemain gitar bes. Musa
  4. (Joey) Pemain dram. Hamid

Mereka ada dua album yang bernama Tiara(1990) dan Ratna(1991) .Mereka dalah sebuah kumpulan aktif di Malaysia .Terutamanya ,mereka ada 7 lagu ,dan satu daripadanya adalah Lagu Cenderawasih .

(diambil daripada WIkipedia)

Apakah persamaan lagu-lagu itu ?

Lagu Cenderawasih berdasarkan seorang wanita yang muda dan jelita .Kedua-dua band tersebut membayangkan persaan mereka kepada wanita tersebut .Walaupun lirik-liriknya berlainan ,makna keseluruhan lagu-lagu tersebut ,tetap sama sekali .

Mengapa lagu-lagu itu kamu pilih ?

Lagu Cenderawasih agak popular pada masa apabila ibubapa saya masih remaja .Setelah saya berbincang dengan ibu saya .Dia memberi saya idea tentang lagu kegemarannya pada masa dahulu ,iatu Cenderawasih ,daripada band Kris .

Video YouTube Cenderawasih Kris


Video YouTube Cenderawasih 2D


Lirik Lagu Cenderawasih 2D

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan



(diambil daripada www.ilirik.com)

Lirik Lagu Cenderawasih Kris

Matamu...
Mencerminkan resah
Kembara keancala yang bersalju
Peperangan kuasa dan jasa
Didalam lamunan merentas bakawali

Jauharmu...
Mencorakkan rindu
Berputik diranting mayapada
Berjanji naluri dan hikmah
Didalam impian menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih

Sesungguh ku dambarkan pasangan dua dunia
Benar hingga melampaui adat dan masa
Sesungguhku dambarkan pasangan dua dunia
Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata

Peperangan kuasa dan jasa
Didalam lamunan merentas bakawali
Perjanjian naluri dan hikmah
Didalam impian menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih

Matamu...
Mencerminkan resah
Kembara keancala yang bersalju



(diambil daripada www.liriklagumuzika.com)

Lagu yang Dipilih :Cenderawasih

Ada dua versi pada lagu Cenderawasih .Satunya adalah daripada band yang bernama Kris dan lagi satu adalah daripada band 2D .Versi lama adalah versi Kris .Versi moden pula adalah versi 2D .Walaupun kedua-dua liriknya berlainan ,maknanya tetap sama .Lagu Cenderawasih berdasarkan seorang wanita yang muda dan jelita seperti burung cenderawasih yang menakjubkan .

Friday, 9 March 2012

Apa makna Lagu ?

Lagu adalah satu bentuk seni yang sederhana .Ia adalah bunyi dan yang berdiam diri.Elemen-elemen biasa padang (yang mengawal melodi dan harmoni), irama(dan tempo konsep yang berkaitan dengannya, meter, dan penyetaraan), dinamik,dan kualiti sonik warnanada dan tekstur.


(diambil daripada Wikipedia dan diterjemahkan kepada Bahasa melayu)